Tuesday, 27 September 2016

PELAN INTEGRITI NASIONAL

 PELAN INTEGRITI NASIONAL

 Perpaduan dan integrasi nasional adalah satu perkara penting bagi sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Oleh yang demikian, semua rakyat harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum, yang hidup bersatu padu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi nasional amat penting bagi membangunkan sesebuah negara ke arah global dan dikenali di mata dunia.
Program-program yang telah dilancarkan dan dilaksanakan oleh kerajaan telah dikaji oleh golongan pakar sebelum dilancarkan. Bersesuaian atau tidak dasar-dasar atau program-program yang dilancarkan bukan sahaja bergantung kepada peranan kerajaan, tetapi juga bergantung kepada sikap individu atau rakyat itu sendiri. Keadaan ini menunjukan bahawa, kepentingan dan semangat perpaduan dan integrasi nasional perlu dipupuk sejak dari kecil.
Segala bentuk dan cara program-program yang telah dilaksanakan dan dilancarkan oleh kerajaan adalah dengan tujuan dan arah yang sama iaitu untuk kepentingan negara. Program dan rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan dilihat banyak memberi kesan kepada negara melalui Program Belia berbanding Sekolah Wawasan dan Pelan Integriti Nasional. Namun begitu, individu dan masyarakat perlu memberikan sokongan sepenuhnya terhadap program dan pelaksanaan yang telah dan yang akan dilancarkan oleh pihak kerajaan selagi ia tidak menjejaskan negara. Ini kerana, jatuh bangun sebuah negara bergantung kepada semangat perpaduan dan integrasi yang ada di dalam diri masyarakat tersebut.





FAKTOR KEGAGALAN






NILAI, ETIKA, INTEGRITI
PENJELASAN

Nilai, Etika dan Integriti adalah tiga kata kunci terpenting yang mendasari PIN perlu diperjelaskan.

NILAI

 Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negatif.

ETIKA

 Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen.
     
1.  Etika Individu
 Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain.

2.  Etika Organisasi
Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam Pelanggan.

3.  Etika Profesyen
 Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Antara profesyen yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakaunan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesyen yang dipraktikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan.

INTEGRITI

 Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

1. Integriti Individu
 Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.

2. Integriti Organisasi
 Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
 
3. Integriti Penjawat Awam
 Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.

Kesimpulan

 Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.


TEKAD INTEGRITI

TEKAD INTEGRITI 1

Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan;






TEKAD INTEGRITI 2

 Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi







TEKAD INTEGRITI 3
Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat;



TEKAD INTEGRITI 4

Memantapkan institusi keluarga dan komuniti;






TEKAD INTEGRITI 5

Meningkatkan kualiti hidup dan masyarakat.










APA ITU PIN ?

PIN ialah sebuah pelan integriti yang lahir daripada  aspirasi  masyarakat  dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Pelan ini dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan Integriti dikalangan semua lapisan masyarakat
Malaysia.

 PIN digubal dengan mengambil kira keseluruhan pandangan dan cadangan yang disampaikan melalui satusiri seminar kebangsaan yang berlangsung
selama kira-kira   dua  bulan,  yang  melibatkan  para peserta  daripada hampir  kesemua sektor masyarakat dan negara Malaysia

PERANAN PELAN INTEGRITI NASIONAL

1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;

3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat;

 5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Untuk melaksanakan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah ditubuhkan dengan peranan utamanya untuk mengkoordinasikan dan memantau pelaksanaan PIN. IIM telah didaftarkan sebagai sebuah badan bebas berstatus syarikat jaminan kerajaan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 4 Mac 2005. Penubuhan IIM ini telah diumumkan kepada masyarakat pada 23 April 2004 bersempena dengan pelancaran PIN. IIM dikawal oleh sebuah Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dianggotai oleh beberapa orang tokoh yang berwibawa dalam bidang masing-masing.

 Gerakan pemantapan integriti semua lapisan masyarakat berdasarkan PIN dan dikoordinasikan pelaksanaannya oleh IIM diharapkan akan menjadi inspirasi dan kekuatan bagi membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


Pembentukan generasi pada masa kini 

1     .  Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan.

 2    . Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis.

3    . Perangkaan atau data penting Malaysia memperlihatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM229.3 billion. Pertumbuhan ini dijangka meningkat pada kadar 5.5 hingga 6 peratus dalam tahun 2004. Kemudahan prasarana negara semakin menyeluruh dengan liputan bekalan elektrik dan bekalan air masing-masing mencapai tahap 94 dan 92 peratus sehingga tahun 2002. Pendidikan peringkat rendah telah mencapai 97.8 peratus kemasukan, manakala kadar celik huruf pada tahun 2002 adalah pada tahap 94 peratus. Jangka hayat lelaki dan wanita juga telah meningkat masing-masing kepada 70.4 tahun dan 75.3 tahun manakala kadar kematian bayi semasa lahir juga telah menurun dari 6.6 bagi setiap satu ribu pada tahun 2001 kepada 6.2 pada tahun 2002. Pembangunan, pertumbuhan dan daya saing negara seperti ditunjukkan daripada perangkaan ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen-elemen nilai murni, integriti dan akauntabiliti. Di samping itu, ia juga berasaskan pertanggungjawaban semua pihak bagi memastikan kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat dikecapi secara berterusan.

 4    . Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya gejala yang bertentangan dengan prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan ketidakcekapan dihapuskan. Rakyat menuntut integriti dipertahan dan dipertingkatkan dalam semua urusan kerajaan, swasta, parti politik, media, kesatuan sekerja, NGO, belia, pelajar, dan masyarakat umum.

DASAR BELIA NEGARA

DASAR BELIA NEGARA

PENGENALAN

Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8 iaitu memberikan tumpuan kepada pembangunan belia kerana menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara.Belia menjadi pewaris yang berwibawa,Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengatur insiatif bagi menyediakan satu pelan terperinci untuk pertimbangan
pihak kerajaan.Penyediaan pelan tindakan menjadi sangat penting dan
kritikal kerana golongan belia kini berhadapan dengan berbagai-bagai masalah yang sangat membimbangkan masyarat dan kerajaan.
Jika tidak diambil berat dan diatasi hasrat serta inspirasi kerajaan untuk
melahirkan masyarakat Malaysia yang
‘Cemerlang Gemilang dan Terbilang’
 dikhuatiti terjejas.Pembangunan belia perlu diberi tumpuan sepenuhnya
 kerana mereka ialah pewaris negara pada masa hadapan.



Tujuan utama KBS menyediakan pelan tindakan pembangunan Belia Nasional adalah:
v Untuk mendapatkan komitmen kerajaan.
v Mencadangkan strategi yang relevan dan lebih sesuai dengan keperluan masa kini dan selaras
 dengan perubahan ekonomi yang pesat serta arus globalisasi.


Dasar belia negara telah dirancang mengikut 11 teras pembangunan.Iaitu faktor yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu program pembangunan belia pada masa akan datang serta
amat penting dalam konteks K-Ekonomi.



Kerajaan menyedari para belia boleh menjadi 'force' yang penting dan sumber utama tenaga
dan 'asset' yang penting dalam pembangunan negara.







LOGO DASAR BELIA NEGARA






ISI 1.

TERAS PEMBANGUNAN EKONOMI.


Teras Pembangunan Ekonomi ialah untuk mewujudkan pusat khidmat perniagaan belia bagi memberikan peluang kepada belia berkecimpung dalam semua bidang perniagaan,
terutama di bandar-bandar kecil. Memperhebat Program Pembangunan Usahawan ICT dengan memberikan tumpuan kepada kursus komputer yang diiktiraf dan penjualan alat-alat komputer. Memperluas program inkubator untuk golongan belia. Mewujudkan perniagaan pusat tuisyen untuk diusahakan oleh belia.


Selain itu Teras Pembangunan Ekonomi juga mewujudkan bengkel membaiki motosikal dan kenderaan dengan kerjasama IKBN. Mewujudkan satu rangkaian internet shop belia di seluruh negara. Mewujudkan kerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia bagi menganjurkan perniagaan berbentuk francais untuk belia seperti perniagaan makanan segera,peralatan sukan,tour & travel, internet shop,bengkel kereta dan perniagaan-perniagaan lain.Akhir sekali memperbanyakkan sumber odal untuk usahawan belia dengan menghidupkan semula Tabung Ekonomi Belia,menubuhkan Tabung Teroka Belia dan mensyaratkan 30% daripada pinjaman mikro kredit serta pinjaman TEKUN diberikan untuk usahawan belia.









           


TERAS PEMBANGUNAN MALAYSIA.


Teras Pembangunan Malaysia adalah untuk memantapkan program latihan kemahiran IKBN dengan menyediakan modul yang membolehkan belia belajar secara berterusa (life-long learning). Meneruskan latihan teknikal sedia ada di samping melaksanakan penilaian secara berterusan supaya memenuhi pasaran kerja dan memperkenalkan akreditasi kemahiran belia sebagai pelengkap kepada sistem akreditasi MLVK dan LAN. Mewujudkan pengkhususan untuk setiap IKBN di samping memastikan setiap lepasan menghayati konsep kepimpinan positif.


Selain itu, Teras Pembangunan Malaysia juga mengadakan kerjasama dengan MLVK di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi memperluas peluang latihan kepada belia yang keciciran. Menyediakan satu ‘handbook’ pembangunan sumber manusia untuk persatuan belia. Menggalakkan pertubuhan belia memainkan peranan sebagai sumber rujukan dan agen pembangunan pada peringkat komuniti setempat. Meningkatkan kerjasama antara jabatan/agensi yang terlibat dengan pembangunan belia.

















TERAS PROGRAM RAKAN MUDA.


Teras Program Rakan Muda telah menyediakan modul program Rakan Muda yang seragam sehingga ke akar umbi di samping memastikan mengandungi unsur-unsur patriotisme,daya tahan,semangat berpasukan dan kepimpinan. Mewujudkan fasilitator yang terlatih bagi mengendalikan semua modul program Rakan Muda. Mewujudkan jawatan penggerak Rakan Muda pada peringkat parlimen dan DUN dengan mempunyai kemahiran pengurusan dan pemantauan aktiviti Rakan Muda. Menyediakan bajet perlaksanaan yang mencukupi dan menggalakkan sumbangan swasta bagi membiayai program-program Rakan Muda. Menentukan perlaksanaan Rakan Muda secara terancang dengan mewujudkan kerjasama pintar (smart-psrtnership) dengan pertubuhan-pertubuhan belia atau NGO yang berwibawa.


Menubuhkan Jawatankuasa Pemantau peringkat negeri bagi memastikan perlaksanaan dan pemantauan yang berterusan. Meluaskan publisiti program Rakan Muda kepada umum dengan menggunakan pelbagai bentuk saluran media dan bahasa. Mengukuhkan penyampaian perkidmatan pelanggan dengan mewujudkan pusat khidmat pelanggan di pusat-pusat Rakan Muda yang sedia ada dan juga Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Akhir sekali menggunakan Akta PLKN untuk mewajibkan lepasan sekolah berusia 17 tahun menyertai aktiviti Perkhemahan Dinamik Rakan Muda,10 hari berbanding PLKN 90 hari dan menyertai aktiviti susulan Rakan Muda selama 80 hari.















ISI 2

TERAS PEMBANGUNAN SOSIAL (NILAI)


Antara Teras Pembangunan Sosial adalah :
v Menjadikan program dan aktiviti golongan belia sebagai alat atau intervensi social untuk membentuk nilai dan tingkah laku belia yang diperlukan oleh negara.
v Melatih semua pegawai dan pihak yang terlibat dengan kegiatan belia dalam bidang pembentukan nilai dan tingkah laku belia serta kemahiran mengendalikan program intervensi.
v Mewujudkan Indeks Nilai dan Tingkah Laku Belia untuk dijadikan asas pemantauan ‘kualiti’ belia di negara ini.
v Mengenal pasti nilai dan tingkah laku belia yang perlu dimiliki selaras dengan matlamat pembangunan negara.


  



  





TERAS SISTEM PENYAMPAIAN


Antara Teras Sistem Penyampaian adalah  :

           1.Memperkasa kebudayaan KBS dengan :

v Menaik taraf imej dan pejabat belia serta sukan daerah.
v Mewujudkan skim tenaga penggerak belia dan sukan.
v Memprofesionalkan pegawai belia dan sukan.
v Meluaskan jenis perhidmatan pembangunan belia seperti khidmat asas kaunseling kepada para belia yang bermasalah.
v Menyediakan satu perancangan aktiviti tahunan belia pada peringkat daerah sebagai asaspemberian peruntukan kewangan.
v Menggredkan pertubuhan belia berdasarkan prestasi.

2.Memperkasa Majlis Perundingan Belia Negara dan Negeri dengan :

v Menaiktarafkan pengerusi.
v Memastikan majlis memainkan peranan sebagai parlimen belia.
v Memajukan cadangan kepada PM untuk melantik menteri Belia dan Sukan sebagai ahli Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara dan KSU sebagai ahli jawatankuasa kerja.
v Meningkatkan kerjasama antara KBS dengan persatuan belia di semua peringkat.
v Mewujudkan mekanisme penyelarasan antara agensi.
v Mensyaratan pertubuhan belia menyediakan perancangan aktiviti tahunan sebagai asas untuk KBS menyalurkan peruntukan.
v KBS hendaklah menilai keberkesanan semua program secara berterusan.











ISI 3

TERAS PERANAN PERTUBUHAN BELIA

 Antara teras peranan Pertubuhan Belia ialah

1)memurnikan falsafah dan matlamat pergerakan pertubuhan belia menerusi
           · Kempen Pemurnian dan juga penerbitan buku panduan Pengupayaan Pertubuhan Belia.
2) Memantapkan imej pertubuhan belia menerusi
· Pameran ,bengkel dan wacana pengupayaan pertubuhan belia
· Melantik Ahli Dewan Negara daripada kalangan belia.





· Memantapkan prasarana pertubuhan belia dalam aspek kemudahan fizikal,pembangunan IT pangkalan data serta sumber kewangan.
· Memperkasa martabat pertubuhan belia dengan mewujudkan indeks prestasi pertubuhan belia,kempen penyertaan belia professional ,latihan kepimpinan ,program kerjasama dengan institusi pembangunan dan membentangkan Akta Pertubuhan Belia di Parlimen.
· Meningkatkan profesionalisme dalam pertubuhan belia dan kerja belia menerusi bengkel kecemerlangan ,pertubuhan persatuan sekerja belia professional,penggubahan kod etika kerja belia professional,konvensyen tahunan profesionalismedalam kerja belia.







TERAS PEMBANGUNAN BELIA TIDAK BERPERSATUAN

Antaranya adalah seperti

· Mengenali ,memahami dan menghargai sistem nilai,norma ,keperluan dan ekspektasi kumpulan -kumpulan belia yang tidak menyertai pertubuhan dan persatuan
· Lebih responsif terhadap keperluan belia tidak berpersatuan dengan mengupayakan mereka dalam proses membuat keputusan ,menggubal program yang lebih fleksibel dan menyediakan pusat aktiviti belia yang lengkap dan mampu menarik penglibatan mereka.
· Mewujudkan sekretariat sukarelawan untuk menggalakan penglibatan sukarelawan dalam kalangan belia tanpa persatuan yang berkebolehan.
· Membentuk dan pengukuhkan kerjasama dan perkongsian pintar dalam sektor-sektor perindustrian ,teknologi ,NGO,dan kerajaan yang melaksanakan program untuk belia.
· Mewujudkan Program Belia Parlimen diketuai oleh ahli-ahli parlimen.










TERAS PEMBANGUNAN KEPIMPINAN


· Mengkaji semula fungsi dan peranan institusi yang bekaitan dengan pembangunan kepimpinan belia di pelbagai peringkat meliputi dalam negara dan antarabangsa.
· Memantapkan program latihan kepimpinan belia dengan mewujudkan institut latihan dn sangkutan serta perundingan antara pertubuhan belia pada peringkat negara dan juga antarabangsa.
· Menjadikan Malaysia sebagai pusat latihan kepimpinan.
· Menjadikan Majlis Perundangan Belia Negara (MPBN) sebagai badan pemantauan aktiviti pembangunan kepimpinan belia.



ISI 4

TERAS PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


v Menubuhkan Institusi Penyelidikan Belia Nasional sebagai institusi penyelidikan belia yang ulung dalam menyumbang kepada pembangunan mapan belia dan kesejahteraan sejagat.

v Menggalakkan penglibatan NGO belia dalam perancangan dan proses pelaksanaan institute penyelidikan.

v Mewujudkan sistem pangkalan data dan clearing house bagi mengumpul dan menyebarkan hasil kajian mengenai belia.

v Antara bidang tumpuan penyelidikan ialah :
- Kepimpinan dan kesukarelawan
- Pendidikan kesihatan
- Sosialisasi belia










TERAS POLITIK DAN INTEGRASI NASIONAL

v Meningkatkan semangat kekitaan, patriotisme dan nasionalisme belia kepada negara dengan melaksanakan program meraikan warganegara yang berusia 21 tahun supaya dapat melahirkan gagasan belia yang arif mengenai demokrasi negara dan tanggungjawab sebagai pengundi.

v Memperhebat kesedaran belia terhadap masyarakat majmuk Malaysia.

v Menambahkan kesedaran dan kefahaman kepada belia tentang sistem politik dan sejarah pentadbiran negara.

v Memperluas kesedaran belia tentang kedudukan negara dalam konteks global.



v Antara strategi kearah integrasi ialah mewujudkan Rukun Negara, Dasar-dasar Pembangunan Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Wawasan 2020, 1Malaysia, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, dan PLKN.






KESIMPULAN

Kesimpulannya, generasi muda atau belia mempunyai peranan serta kepentingannya tersendiri dalam usaha untuk membangunkan masyarakat dan negara. Belia sebagai pemimpin masa kini dan masa hadapan mesti bergerak dalam kematangan, keupayaan dan motivasi yang lebih positif dan efektif di dalam komitmen yang lebih kukuh (A. Aziz 1984: 21).
Kesedaran perlu wujud dan berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah kewujudan satu negara yang bermaruah dan mempunyai martabat yang tinggi. Tuntutan masyarakat dan global yang semakin canggih, wajarnya memerlukan peranan yang rasional dan beridea segar daripada belia. Tugas belia serta masyarakat umumnya ialah memastikan agar tuntutan tersebut dipenuhi selengkapnya.




DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)

 LATAR BELAKANG 

•Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. 
•Kebudayaan dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang dilahirkan melalui proses penghayatan yang berkesan dan mendalam.
 •Ia dihasilkan melalui perlakuan manusia dalam pelbagai bentuk perhubungan, penyataan fikiran, perasaan dan perbuatan, penyataan sikap, nilai-nilai yang diyakini dan diamalkan dari semasa ke semasa sehingga mewujudkan kesejahteraan hidup bermasyarakat yang bersatu padu dan kukuh.
 •Negara dianggap sebagai suatu ruang kehidupan.
 •Manusia atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah negara itu meskipun mungkin terdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum
 •Negara sebagai tempat bagi kita mengembangkan potensi dan membangunkan peradaban bangsa 
•Maka, kebudayaan dalam erti kata ini ialah meliputi pembinaan sikap, nilai dan ciri yang menentukan akal budi, ketinggian ilmu,penerimaan sains dan teknologi yang sesuai sehingga menumbuhkan rasa persefahaman dan kekitaan sebagai satu bangsa dalam satu negara
 •Bagi Malaysia, ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara,yakni keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
 •Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
 •Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
 •Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

RASIONAL DKK 

•DKK digubal pada tahun 1971 hasil persetujuan bersama dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971
 •Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
 • Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
 •Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. 
•Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)

 •Sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
 (i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Serantau
 •Merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu.
 •Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).
 •Digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. •Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.
 •Kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.
(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Boleh Diterima
 •Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan
 •Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya •Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
 •Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
 (iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
 •Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
 •Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal
 •Oleh itu ia patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara
 •Di samping itu wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
 •Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
 •Ia juga lambang atau simbol kepada asas pembentukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan memaparkan kesejagatan dalam menentukan DKK yang berpihak kepada semua kaum namun masih lagi didasari oleh peruntukan perlembagaan yang menjadi pegangan dan sekatan norma kepada masyarakat Malaysia. 

•OBJEKTIF


 •Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
 (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
 (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
 •Ketiga-tiga objektif DKK dilihat bertimbal balik di antara satu sama lain kerana melalui perpaduan maka cita-cita menanamkan semangat kenegaraan, nasionalisme dan nilai-nilai persamaan dapat dipupuk
 •Pada masa yang sama dapat melahirkan wajah bangsa Malaysia (Aziz Deraman: 2005)
 •Hal ini bermakna keperibadian rakyat dan suku kaum di Malaysia ditonjolkan berasaskan persamaan ciri-ciri budaya yang mengatasi sifat-sifat perkauman
 •Lambang-lambang seperti YDPA, nilai dan norma yang sama, falsafah RN dan perlembagaan menjadi kebanggaan dan wadah menjamin wujudnya sebuah kebudayaan kebangsaan di Malaysia 

Strategi & Pelaksanaan Objektif DKK

 (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
;ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
 (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
 (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
 (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

DKK SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA


 •Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. •Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
 •Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.
 •Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
 •Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
 •Masyarakat Malaysia yang terbentuk hasil penggubalan DKK ini adalah diharapkan boleh menjadi masyarakat yang konsisten dalam mempertahankan toleransi, kesepaduan, semangat nasionalisme, mengamalkan nilai-nilai atau norma yang sama dalam sebuah bumbung negara yang berasaskan masyarakat pluralistik
 •Allahyarham Tun Abd. Razak, PM kedua dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 :-

 “…nenek moyang bangsa kita yang mendiami rantau Nusantara ini meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya raya dan tinggi mtunya. …sewajarnya kita menerima gagasan bahawa Kebudayaan Kebangsaan yang sedang dibentuk dan dicorakkan hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. …patutlah juga mengambil unsur-unsur kebudayaan yang datang ke rantau ini…yang dapat menyegarkan dan mencorakkan kebudayaan Malaysia masa hadapan. Namun harus diingat dalam mencari bentuk dan menentukan corak tersebut, kita tidak lah melupakan masyarakat kita yang berbilang bangsa “the reality of our multiracial society…” (Dipetik dan diubahsuai daripada Aziz Deraman: 2005; DBP. Hal. 8-9)